Saya akui saya bukan ustazah atau ustaz,tetapi sekadar berkongsi pada kawan-kawan. Di sini saya mahu bincang pasal SOLAT dan juga PUASA. Cuba kawan-kawan fikir, antara PUASA dan SOLAT LIMA WAKTU mana lagi Penting??????
OK, ada yang kata solat lagi penting, ada yang cakap puasa kan?? betul tak?? hehehe...Sebenarnya kawan-kawan, SOLAT LIMA WAKTU lagi PENTING..
Mari saya terangkan kenapa SOLAT lagi penting dari puasa....:
Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-
1. Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2. Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.
3. Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.
Bukan itu sahaja kawan-kawan,
Tetapi, tidak bermakna kita tak perlu puasa, PERLU PUASA, tetapi SOLAT LAGI PERLU, bermakna kita kena sebatikan dia, macam juga solat tapi tidak puasa...Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat.
Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah.
Imam 1 Masjid al-Husna Bandar Sunway, Abdul Hadi Bakri Abdullah,yang menjawab persoalan berkaitan solat tetapi tidak puasa yang dikemukakan penonton program Tanyalah Ustaz di TV9, berkata itulah kesilapan umat Islam kerana tidak memahami agama.
Katanya, ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.Puasa pun amat penting bagi umat islam kerana ia juga merupakan salah satu rukun islam yang wajib bagi umat islam,Kesimpulannya, Wajib bagi kita mengerjakan rukun islam iaitu 1. mengucap 2 kalimah syahadah 2. SOLAT LIMA WAKTU 3.berPUASA DIBULAN RAMADHAN 4.mengerjakan haji 5.menunaikan zakat

0 comments:
Post a Comment