Pages

Thursday, December 15, 2011

Malays Apostasy Organisation has been approved



Malays Apostasy Organisation has been approved at Malaysia!!

Malay Christian Association was established in Malaysia VALID!The Gospels & the distribution of printed. IFC roadshow for large-scale support of Religious freedom.Get ready brother - my sister who was loved. Let us together pray for the well being of our Muslim religion.Please spread the religion of loving ALLAH..

(Islam )
Lina Joy's picture (the back) & The lawyer insulted Islam in Malaysia. Let's read together ...


The end of the world more frightening when linked with the question of faith. Want to become what is this??
Laa should not want to have that said I have a son anak.Bukan fear, but fear a mere child of faith .. no good at all!!



Perak Mufti Datuk Harussani Zakaria arose in this issue by making a press release that Muslims must declare war on IFC organizations and ask the 50 members revealed the signature of political Islam in support of the establishment of the IFC repent to Allah because he feared that their faith has been cancelled. Datuk Harussani also ask to all the speakers, all lecturers and all the preacher, so do not forget to say these things in all the lectures and on all the pulpit Friday that the organization IFC is the enemy of Islam in Malaysia.


Mr. and gentlemen know they ask what the Prime Minister?
They send a memorandum to the Prime Minister urged the 15 matters relating to
Islam can be incorporated in the constitution of MalaysiaAmong them :


1) Every newborn in Malaysia not to be associated with any religion until the child is 18 years old
- That he is the master you. This is the story of what? Meaning, our children can not be directly were created by Islam. We can not put the name of Islam to children. Until the age of 18 years, a new can sit discussed in court, my son asked us, 'You want to follow any religion ?'.If he says want to be a Hindu, then so his religion is hindu. What we can do because have been outlined in the Constitution.
2) In the identification documents and passport eliminated Mykad column religious identity - meaning, the word 'Islam' that is my Mykad us, they ask "eliminated".

3) Any non-Muslims, if you want to marry a Muslim, he do not need to convert to Islam.

4) Any Muslims who want to marry non-Muslims,should he switch to a non-Muslim religions.

5) As the Malaysian government to channel funds to the mosques,
as well as the Malaysian government should channel funds to all homes
non-Muslim places of worship.

6) School rules that allow Muslim children cover be repealed, because it insulted religion, not Islam.

7) Eliminate the syariah courts because it is also insulting other religions. Friends, if syariah courts abolished, exhausted our destiny as Muslims. Although now our defense is not perfect with this court, but it was the only court to defend our religion is Islam. If sharia courts are removed, the problem faraid inheritance, marriage problems, divorce divorce, what will happen? If there is no syariah court, which means that the marriage will not be walking on the marriage contract, otherwise, will be in registered marriage.

8) Any non-Muslims who converted to Islam, all property returned to the heirs who are not Muslim.

9) Any non-Muslim couples, when converted to Islam, then the right child care can not be given to them.

10) As the programs on radio and television describes the Islamic teachings in their own language, as well as
other teachings of Islam should also be given space.
11) As the Quran, the Malaysian government should also print the bible
in the Malay language to be distributed throughout the country.
12) What makes Islam so installed as the official religion in Malaysia? The three I can not remember, you can refer the Millennium Magazine Muslim.


Here it is gentlemen, insulted Islam before our eyes, so where our sensitivity to our own religion? Datuk Harussani asks the Prime Minister and 50 members of the Islamic political organization to support the organization revoked. Did you know Posted 50 Muslims said what? They said the Mufti of Perak, 'This is when I too old to be curiosity, not open minded at all!' Datuk Harussani response in the magazine 'Millennium Muslim', he said, 'In the open-minded attitude of the people Malaysia is too much, then this is the prize! 'Here it is the words of a scholar in Malaysia. The rest is silence, including other newspapers, like some things in the mouth that I can not want to go!

-------------------------------------------------------------------------

Al-Imam Ibn Kathir in the commentary: "As the law of the Tartar rule-based systems are taken from their king Genghiz Khan has created for them the law Yasak which is a book bringing together laws that are
from a variety of laws, ie Jews, Christians, Muslims and others.


It is also a lot of laws derived from the mind and conditioning desires alone, and makes the law is followed by her grandson. They hasten more than the Book of Allah and the Sunnah Allah, those who do so, he was an infidel and must be fought until he returned to Allah and His Prophet and not the law other than in the small or large (reference interpreter al-Quran al-'Azim by al-Imam Ibn Kathir vol. 2, M.S. 70. Printed Beirut


Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

** WHO READ THIS ARTICLE  'COMPULSORY' MUSLIM CONVERTS TO POST
THE OTHER. THIS JIHAD BECAUSE SOME OF MUSLIM CONVERTS TO KNOW WE CAN DESTROY ELEMENTS OF ISLAM.

click here

Wednesday, December 14, 2011

HUKUM TEPUK TANGAN DI DALAM SESUATU MAJLIS

Assalamualaikum semua,

Hari yang mulia ini, saya ingin berkongsi ilmu tentang adat yang selalu terjadi di dalam majlis iaitu bertepuk tangan. Kebiasaan di majlis keramaian dan majlis kebudayaan. Kawan-kawan mesti terfikir, apa salahnya kalau bertepuk tangan? bukannya buat maksiat pun, betul tak? Haa, ni laa yang saya nak bercerita sikit tentang masalah ini. Bagi umat islam mesti kawan-kawan pernah terdengar dari orang tua atau sebagainya " Tak boleh bertepuk tangan, nanti syaitan beranak - pinak ". Bila difikir balik lucu pun ada kan? tetapi sebenarnya ada mesej yang mahu disampaikan.

Ok mari kita bincang. Firman Allah SWT bermaksud: “Tiadalah solat atau ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ (siulan) dan tashdiyyah (tepuk tangan). Maka rasakan azab disebabkan kekafiran kamu.” (Surah al-Anfal ayat 35)

Cuba kawan-kawan teliti tentang firman Allah diatas. Tafsir ayat ini mengatakan perkataan al-muka’ (siulan) dan al-tashdiyyah (tepuk tangan) yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah perbuatan orang kafir yang mengganggu solat dan bacaan al-Quran Rasulullah serta kaum muslimin.

Ini jelas mengatakan yang bertepuk tangan dan bersiul adalah salah satu ibadat orang kafir sejak dari zaman Rasulullah lagi. Pada zaman ini, amalan bertepuk tangan dan bersiul telah menggangu solat dan bacaan Al-Quran Rasulullah dan kaum muslimin. Disebabkan ini, Rasulullah telah mencegah untuk menepuk tangan.

Al Qurtubi pula merujuk kepada pendapat Ibnu Abbas mengatakan, masyarakat Quraisy jahiliah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia adalah ibadat. Ini juga pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.

Merujuk sebab turun dan kisah di sebalik ayat 35 surah al-Anfal ini, jelas pengharaman tepuk tangan secara umumnya adalah kepada orang yang meniru perbuatan orang kafir dalam melakukan ibadah. Jika ibadah solat diselang-selikan dengan bertepuk tangan maka secara jelas diharamkan.

Bagaimanapun, mengharamkan hukum menepuk tangan ketika di luar solat adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya kerana ayat berkenaan tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk tangan.

Sudah jelas kepada kita bertepuk tangan dalam solat seperti orang jahiliah adalah dilarang. Namun, menepuk tangan di dalam solat dan di luar solat berbeza. Maka penyabitan hukumnya juga berbeza.

Begitu juga sebahagian pendapat mengatakan menepuk tangan diharamkan kepada lelaki berasaskan dalil hadis sahih yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih (dengan berkata subhanallah). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya (memberi perhatian). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan itu dilarang kerana termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) wanita seperti dinyatakan hadis bahawa hal semacam itu hanya khusus bagi wanita ketika memperingatkan imam yang tersilap dalam solat sementara lelaki disuruh mengingatkan imam dengan ucapan tasbih.

Hadis ini khusus mengenai bertepuk tangan dalam solat. Kes berlaku apabila seorang imam melakukan kesilapan maka makmum wanita hanya boleh menepuk tangan sebagai isyarat membetulkan imam. Ia tidak boleh menjadi dalil menegah bertepuk di luar solat seperti disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami.

Pengharaman hukum menepuk tangan dalam sesuatu majlis itu tertolak kerana masih lagi didasari dalil agak lemah. Penulis cenderung kepada pandangan beberapa ulama yang membenarkannya seperti Syeikh Atiyyah Saqr, yang mengharuskannya kerana tiada dalil mengharamkan.

Menurut kaedah fiqh Islam, asal sesuatu perkara adalah harus. Maksudnya, sesuatu perkara yang tidak diberitakan oleh syariat dipandang harus hukumnya. Namun, ia boleh menjadi haram mahupun wajib jika disertakan dalil yang menyuruh.

Pengarang kitab al-Hafl al-Zifaf fi al-Fiqh Islam, Syeikh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh, berkata tepuk tangan perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor ia dilakukan.

Hukum bertepuk tangan dalam majlis asalnya mubah (perkara diharuskan) sebab bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil mengharamkan.

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan secara alamiah (fitrah) dilakukan manusia sejak penciptaannya dan menjadi bahagian yang tidak terpisah dari sifat kemanusiaannya seperti berfikir, bercakap, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat dan seterusnya.

Menepuk tangan itu sesuatu yang diharuskan syarak. Ia boleh menceriakan sesuatu majlis terutama bagi menggembirakan kanak-kanak. Walaupun begitu, hukumnya boleh menjadi haram apabila bertepuk tangan dalam pertunjukan hiburan yang tidak syarak, pembukaan aurat atau menghina serta mengejek orang lain.

Bertepuk tangan di luar solat sama ada di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah. Begitu juga niat orang yang bertepuk tangan untuk mengejek, menghina ataupun memuji orang yang tidak sepatutnya.

Tegakkan hukum agama atas dasar hujah dan dalil kerana agama tertegak bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah, bukannya dakwaan atau sangkaan semata-mata tanpa menilai dari mana asal usulnya. klik sini untuk keterangan lanjut ~~ diambil dari artikel IMAN MUDA ASYRAF

Saturday, August 20, 2011

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Kawan-kawan, ramai yang tahu keistimewaan bulan ramadhan ialah malam Lailatul Qadar. Tahukah kawan-kawan bukan sahaja malam Lailatul qadar yang menjadi keistimewaan di bulan ramadhan yang mulia in???

Disini saya ingin memberitahu dan berkongsi dengan kawan-kawan tentang keistimewaan dibulan ramadhan ini selain dari malam Lailatul qadar..

Keistimewaan Bulan Ramadhan :
  1. Dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta segala syaitan dan iblis diikat
    Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-  

  2. Berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, Insyaallah akan diampuni dosa-dosanya.

    Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
    Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 
  3. a) Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
    b) Bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi
    Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-    
  4. Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


Monday, August 15, 2011

Solat NUMBER ONE, atau puasa NUMBER ONE?????

Assalamulaikum,


Saya akui saya bukan ustazah atau ustaz,tetapi sekadar berkongsi pada kawan-kawan. Di sini saya mahu bincang pasal SOLAT dan juga PUASA. Cuba kawan-kawan fikir, antara PUASA dan SOLAT LIMA WAKTU mana lagi Penting??????


OK, ada yang kata solat lagi penting, ada yang cakap puasa kan?? betul tak?? hehehe...Sebenarnya kawan-kawan, SOLAT LIMA WAKTU lagi PENTING..


Mari saya terangkan kenapa SOLAT lagi penting dari puasa....:


Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’ (ijma’) dan dikira sebagai (ما يُعْلـَمْ مِنَ الدِّينِ بالضَرُورَة) perkara asas agama yang diketahui oleh setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.
Sesiapa yang meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke atasnya beberapa perkara:-
1.   Bertaubat, beristighfar serta menyesal di atas perbuatannya.
2.   Mengqada’kan solat yang ditinggalkannya.
3.   Dijatuhkan ke atasnya hukuman had.

 Bukan itu sahaja kawan-kawan,
Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat.

Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah.
Tetapi, tidak bermakna kita tak perlu puasa, PERLU PUASA, tetapi SOLAT LAGI PERLU, bermakna kita kena sebatikan dia, macam juga solat tapi tidak puasa...

Imam 1 Masjid al-Husna Bandar Sunway, Abdul Hadi Bakri Abdullah,yang menjawab persoalan berkaitan solat tetapi tidak puasa yang dikemukakan penonton program Tanyalah Ustaz di TV9, berkata itulah kesilapan umat Islam kerana tidak memahami agama.
Katanya, ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.
Puasa pun amat penting bagi umat islam kerana ia juga merupakan salah satu rukun islam yang wajib bagi umat islam,Kesimpulannya, Wajib bagi kita mengerjakan rukun islam iaitu 1. mengucap 2 kalimah syahadah 2. SOLAT LIMA WAKTU 3.berPUASA DIBULAN RAMADHAN 4.mengerjakan haji 5.menunaikan zakat

Sunday, August 14, 2011

Cara Ganti Puasa Ramadhan & Bayar Fidyah Puasa



Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah : 183)

Orang Yang Dilarang Puasa

Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari 'Aisyah ra. ia berkata :
“Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat " ( H.R Bukhary Muslim)


Orang Yang Diberi Kelonggaran Tidak Berpuasa

  1. Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  2. Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  3. Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  4. Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  5. Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  6. Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.


Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. Firman Allah yang bermaksud :


“(Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar Fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran Fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi Fidyah), kalau kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 184)

Fidyah dikenakan kepada orang yang tidak mampu berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa lagi. Maka dengan itu Islam telah memberikan keringanan (rukshoh) kepada mereka yang tidak boleh berpuasa dengan cara membayar Fidyah iaitu memberikan secupak beras kepada orang fakir miskin. Begitu juga kepada orang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan kembali (setahun), maka dengan itu mereka dikehendaki berpuasa dan juga wajib memberikan secupak beras kepada fakir miskin. Begitu juga pada tahun seterusnya. Fidyah akan naik setiap tahun selagi mana orang tersebut tidak menggantikan puasanya. Untuk semakkan atau perkiraan boleh klik di sini.

Fidyah tidak boleh digantikan dengan zakat, kerana zakat dan Fidyah adalah dua perkara yang berbeza. Zakat fitrah lain dan Fidyah juga lain. Jika anda terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk membayar Fidyah, maka anda boleh wakilkan kepada orang yang dipercayai untuk membayar fidyah anda kepada fakir miskin.

Sekadar ini sahaja penjelasan saya, jika ada apa-apa yang tidak difahami dan ragu-ragu, maka boleh bertanya di ruangan komen di bawah ini. Insyaallah saya akan menjawabnya apabila ada masa lapang nanti. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari saya sendiri. klik untuk ke link asal

Wednesday, May 11, 2011

hari praktikal

Hari ini adalah hari yang ke-3 aku praktikal..sungguh penat selama 3 hari..Hari sebelum ni aku xsempat nak update blog..mmg penat gle3...tapi nak buat mcm mne..xde gaji pun xpe lahh..aku kne wt website,key in customer detail,agent list detail..nti kne kre stock syarikat plk..mmg penat..nak tgk ak wt logo tok website syarikat??? haa...ak ade upload kt bwh....start keje 9 pg - 6 ptg...ak asyik kua 6 stgh ptg..tmpt kje nye xde la jauh pun dr umh sewa,cume pnt tu tuhan je tau,pdhl xde laa wt byk sgt..cume nk perah otak tu laa yg penat gle...haiii ni bru praktikal klu kje xtau laa..ms hr first laa plg pnt..dh laa xtau nk strt ape ms mule2....hehehehe..bse laa blur laaa awl2 ni...hmmm hr ni relax ckt..tp kje byk ag dr hr first mybe dh biasa kot...dan yang plg wt korang respect kt aku...ak mkn pg jee sblm g kje..pastu mkn xpun lps hbs kje...hehehe ms rht ak xrht pun....hahaha...lpr laa jgk...satu ag nk jmt pastu plk ak mls nk trn msk pach card...nti xcntk dh laa pach card ak...hehehehehehehehehehe...korang laakk mcm mne?? kgsi2 laaa pngalaman tuuu....
..

Friday, April 8, 2011

“Jawatan Kerja Kosong dari rumah"


“Peluang Kerjaya Sebagai Juruteknik Memproses Email”

Salam sejahtera dari kami di Ajen Pengiklanan Data !

          Menjelang tahun baru 2011 ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Ajen Pengiklanan Data (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel). Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelanggan dan telah beroperasi sejak sekian lama dalam industri ini. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses pengiklanan data; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.

Anda sebagai Ajen Pengiklanan Data tidak perlu:-

1.     Menelefon / menghubungi pelanggan,
2.     mengendalikan sampul surat yang banyak,
3.     melakukan sebarang tinjauan maklumat (survey),
4.     mengiklankan produk,
5.     berjumpa sesiapa,
6.     dimarahi oleh boss
7.     bekerja ikut waktu pejabat, dan
8.     pekerjaan yang salah di sisi undang-undang.

Anda hanya perlu memproses pengiklanan data serta menghantar email hanya dari rumah (atau cyber cafe, pejabat, Kolej, dll), pada bila-bila masa, dan akan dibayar serta-merta!

Dengan mendaftar sebagai Ajen Pengiklanan Data, anda hanya perlu:-

1.     Memproses pengiklanan data pelanggan yang dihantar melalui email anda,
2.     bekerja dari rumah sendiri, cyber cafe, pejabat, kolej, dll,
3.     bila-bila masa (anda yang menetapkan jadual sendiri),
4.     menghantar email,

Anda akan menerima bayaran sebanyak RM20 untuk setiap data yang siap diproses. Sebagai contoh; jika setiap minggu anda mampu memproses pengiklanan data sebanyak 15 permohonan, anda akan mendapat bayaran sebanyak:

                   15 data pengiklanan X RM20 per data = RM300 seminggu!

Kebiasaannya, purata pendapatan seminggu adalah dalam lingkungan RM200 – RM500, dan ini adalah satu jumlah yang lumayan. Anda bebas untuk memproses pengiklanan data seberapa banyak yang mungkin kerana tiada had dikenakan. Semakin banyak yang anda buat, maka semakin banyaklah pendapatan anda! Untuk 1 pengiklanan data, anda akan dibayar serta-merta dan tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan.

Cara pembayarannya pula adalah melalui beberapa kaedah yang akan ditentukan sendiri oleh anda selepas mendaftar* (akan diterangkan semasa latihan komprehensif). Kebiasaannya dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda (bank tempatan), melalui cek, ataupun wang elektronik (egold, paypal, stormpay, dll).


Kelayakan:
1.     Berumur 18 tahun ke atas,
2.     akses kepada internet di rumah (atau pejabat, cyber cafe, kolej, dll),
3.     pengetahuan asas komputer (menaip, internet, email, dll),
4.     boleh bekerja mengikut arahan / panduan, dan
5.     mempunyai email sendiri (yang sah).
6.  tidak mengira siapa anda dan apa jawatan anda ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

Sama ada bekerja secara sepenuh masa atau separuh masa (sambilan), ianya adalah terpulang kepada anda untuk menentukannya.Oleh kerana anda akan menerima dan memproses pengiklanan data pelanggan dari seluruh Malaysia dan beberapa buah negara lain, anda boleh menetapkan masa bekerja anda sendiri.

INGAT!!! Ajen Pengiklanan Data bukan merupakan pelan pemasaran atau Multi Level Marketing (MLM). Anda tidak akan dikehendaki mempromosikan produk atau mencari Down-Line, tetapi hanya MEMPROSES PEGIKLANAN DATA PELANGGAN yang diterima dalam email anda melalui sistem pengiklanan yang unik.


Saturday, February 12, 2011

~~~ To mY heRO~~~

oh cintaku,
meskipun kamu bukanlah lelaki idamanku selama ini,
meskipun kamu bukanlah lelaki yang terlalu sempurna,
meskipun kamu bukanlah orang yang berharta berjuta-juta,
walaupun kamu hanya tetap kamu,
aku selalu menginginkan kehadiranmu disisiku setiap hembusan nafasku.


oh sayangku,
tidak ada manusia yang sempurna,
setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing,
menyintai kesempurnaan bukanlah cintaku,
aku hanya ingin menyintai dirimu seadanya,
mencintai kelebihanmu dan menerima kekuranganmu,
sepanjang masa hanya menyintaimu ...




oh, aku mencintaimu sepenuh hatiku, aku selalu milikmu ......



Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/




Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Hero - erique iglesias

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight?

(Chorus)
I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear that you'll always be mine?
Would you lie would you run away
Am I in to deep?
Have I lost my mind?
I don't care you're here tonight

Chorus

I just want to hold you (2x)
Am I in too deep?
Have I lost my mind?
Well I don't care you're here tonight

Chorus (2x)

You can take my breath my breath away
I can be your hero

Music